Matan Ummu al Barahin
Kitab ini merupakan terjemahan bagi matan akidah Ahli Sunnah dan Jama’ah (ASWJ) yang sangat terkenal iaitu Matan Ummu al-Barahin atau al-‘Aqidah al-Sughra oleh al-Imam Muhammad bin Yusuf al-Sanusi (w.895H). Matan ini telah tersebar luas dari bumi Maghribi ke seluruh negara Islam sehingga ke hari ini. Bahkan, matan ini mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas pengajian dan penulisan ilmu akidah ASWJ di dalam dunia melayu dan nusantara. Matan ini merupakan penerangan bagi intipati akidah ketuhanan dan kenabian yang perlu difahami oleh setiap muslim dalam menghayati dan memahami dua kalimah syahadah. Bagi menambah manfaat kitab terjemahan ini, penulis telah menambah sedikit pengenalan berkenaan Ahli Sunnah dan Jamaah. Moga buku ini memberi manfaat yang sebaik-baiknya kepada para pembaca. Amin.
Kuliah atas Talian Mingguan Thibb Didik
Kuliah secara atas talian bagi kitab ini adalah seperti berikut :
Tarikh : Setiap Minggu
Hari/Masa : Hari Khamis Malam Jumaat (Jam 9.00 mlm)
Platform : Google Meet Thibb Didik
Jom kita mengaji Fardhu Ain, biar tahu, jangan keliru…